Wednesday, 27 July 2011

CTU 101 (Assignment)





TAJUK:
Masjid Negeri Pulau Pinang
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU 101

DISEDIAKAN OLEH:
Nur Azri Liyana Binti Faadrul Reza
No. Matrik: 2011824188
Kumpulan : BMD1Ah

PROGRAM:
Diploma Analisis Pelaburan

TARIKH HANTAR:
23 Julai 2011


ISI KANDUNGAN


TAJUK: Masjid Negeri Pulau Pinang


1. Isi kandungan

2. Pendahuluan

3. Pengertian Masjid

4. Ahli Jawatankuasa

5. Program yang diadakan

6. Sumbangan untuk masyarakat

7. Masalah dan penyelesaian

8. Cadangan

9. Penutup




PENDAHULUAN

          Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpahnya, saya dapat menjalankan dan menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan baik.

          Tujuan esei ini ditulis adalah untuk mengenalpasti sejarah masjid negeri Pulau Pinang dengan lebih mendalam dan mendekatkan lagi ilmu pengetahuan tentang masjid tersebut.

          Bidang yang akan ditulis di halaman seterusnya ialah lebih kepada sejarah pembangunan masjid tersebut.Bermulanya dari hari yang dibina dan latar belakang masjid tersebut, program-program yang dijalankan dan sumbangannya.

          Harapan saya ialah ingin melihat masjid tersebut sentiasa dipenuhi bukan sahaja pada hari jumaat dan bulan puasa. Malahan pada hari-hari biasa memandangkan ramai penduduk yang asyik sibuk berkerja.

          Kesimpulannya, saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh ustaz dengan lancar dan jayanya. Saya juga berharap agar masjid tersebut tidak akan diabaikan dan terus membangun dari hari ke hari.


KONSEP

PENGERTIAN MASJID DARI SUDUT BAHASA
Masjid dari sudut bahasa ialah tempat bersujud.

PENGERTIAN MASJID DARI SUDUT ISTILAH
Istilah ‘Masjid’ berasal dari perkataan arab iaitu ‘Masjid’ ataupun ‘Masjad’ iaitu tempat bersujud.

DALIL DARIPADA AL-QURAN
           Dalil daripada Ayat Al-Quran tersebut menerangkan tentang pentingnya menjaga kebersihan masjid.
وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَنْ طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ
Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: “Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang thawaf, yang i’tikaf, yang ruku’ dan yang sujud”. (Al-Baqarah (2): 125).

DALIL DARIPADA HADITH
          Di antara dalilnya adalah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari: 323 dan selainnya dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أُعْطِيْتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ قَبْلِي نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيْرَةَ شَهْرٍ وَ جُعِلَتْ لِي اْلأَرْضُ مَسْجِدًا وَ طَهُوْرًا فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلاَةُ فَلْيُصَلّ
“Aku diberi lima hal yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku: aku dimenangkan dengan perasaan takut yang menimpa musuhku dengan jarak sebulan perjalanan, bumi dijadikan bagiku sebagai mesjid dan suci, siapa pun dari umatku yang menjumpai waktu shalat maka shalatlah….”
Sumber: Majalah Al-Furqon, edisi 5, tahun ke-4 1425 H.

PENDAPAT SARJANA

           Pendapat sarjana mengatakan bahawa masjid adalah tempat menimba ilmu disamping menjadi tempat bersujud kepadea Allah SWT.


RUMUSAN

         Secara rumusannya, masjid hendaklah dijaga dengan bersih dan rapi untuk memberi kemudahan dan keselesaan untuk para muslimin mengerjakan ibadat. Kebersihan masjid juga haruslah dijaga kerana kebersihan itu separuh dari iman.

         

PENERANGAN

SEJARAH PEMBINAAN MASJID NEGERI PULAU PINANG



CADANGAN

         Y.T.M Tunku Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengesyorkan sebuah masjid negeri perlu didirikan di negeri ini untuk memenuhi keperluan muslimin di negeri ini. Beliau juga telah memberi jaminan bantuan sebanyak RM1 juta ringgit oleh kerajaan persekutuan untuk mendirikan masjid ini. Pada ketika itu, Y.A.B. Ketua Menteri  Pulau Pinang, Dr Lim Chong Eu, menyambut baik cadangan yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri tersebut. Ia juga disokong dengan sepenuhnya oleh Allahyarham Tun Syed Sheh Shabudin dan Allahyarham Tun Datuk Syed Sheh Al-Haj bin syed Hassan Barakhbah, bekas T.Y.T Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang.

           Berikut adalah cara-cara pungutan derma untuk mendirikan masjid negeri tersebut.:-

        i.            Badan-badan sukarela, pertubuhan-pertubuhan, dan badan koperat
      ii.            Dermawan-dermawan islam dan bukan islam
    iii.            Kakitangan kerajaan islam dan bukan islam

Idea-idea ini telah dicetuskan oleh ahli jawatankuasa pembinaan masjid negeri yang telah ditubuhkan pada Jun 1969.Jawatankuasa tersebut di pengerusikan oleh Datuk Haji Harun Sirat yang ketika itu memegang jawatan speaker Dewan Undangan Negeri dengan Datuk Haji Mohd. Sidek bin Elamdin yang ketika itu menjadi Setiausaha Sulit kepada T.Y.T sebagai Setiausaha.



AHLI JAWATANKUASA



USTAZ HAJI YUSUFF BIN AHMAD
IMAM BESAR S48

USTAZ ZULKHAIRY BIN RAMLI
TIMBALAN IMAM BESAR S41
USTAZ HAMDAN BIN RUSDI
IMAM HAFIZ S27
USTAZ HANIFF AZMIR BIN HASSIM
IMAM HAFIZ S27

ENCIK MOHD ZAKI BIN NASARUDDIN
KETUA KERANI N22
USTAZ SAFWAN BIN MAT ISA
IMAM S22


USTAZ MALIK BIN SAAD
IMAM S17

USTAZ FAIRUS BIN CHE LAH
IMAM S17
USTAZ TALHAH BIN MAT RAFDI
BILAL S17


USTAZ MUHAMMAD BIN NAPIAH
BILAL S17
USTAZ ISMAIL BIN AHMAD
BILAL S17


TAPAK PEMBINAAN MASJID NEGERI

          Lebih kurang seluas 11 ekar tanah kepunyaan Kerajaan Negeri di persimpangan Jalan Air Itam dan Green Lane digunakan untuk membina Masjid Negeri tersebut setelah mendapat persetujuan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak dalam tahun 1974. Disamping itu Allahyarham juga telah meluluskan peruntukan Kerajaan Pusat bagi membiayai sebahagian daripada kos pembinaan Masjid tersebut.

PROGRAM YANG DIADAKAN




        Antara program-program yang dianjurkan oleh Masjid Negeri Pulau Pinang ialah program ilmu, program Tafaqquh khas di Ambang ramadhan, program memperkasakan masjid dan yang akan datang ialah program bacaan Al-Quran sebanyak 30 juzuk kepada Arwah Muslimin dan muslimat sepanjang bulan ramadhan yang akan tiba ini.




SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT




        Masjid ini telah memberikan sumbangan yang amat banyak kepada masyarakat. Antaranya ialah masjid ini setiap tahun, akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan . Masjid ini juga telah menyumbangkan alat-alat tulis kepada anak-anak orang asli yang kurang berkemampuan.

Masalah dan Penyelesaian

        Alhamdulillah, setakat ini masjid tersebut tidak mempunyai sebarang masalah mahupun kekangan yang menimpa. Diharap juga, masjid tersebut akan sentiasa dalam keadaan yang sempurna hendaknya.

CADANGAN

         Sebagai mana yang telah dinyatakan tadi, masjid ini tidak mempunyai sebarang masalah mahupun kekangan pada objeknya sendiri. Akan tetapi, kawasan tapaknya yang sibuk dan seringkali menghadapi masalah kesesakan lalu lintas memandangkan tapak tersebut terletak di pertengahan bandaraya. Diharap agar laluan jalan kawasan masjid tersebut dibesarkan agar memudahkan para muslimin menuju ke masjid tersebut.

PENUTUP

         Alhamdulillah, dengan izin Allah telah saya berjaya siapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Setelah saya menyiapkan tugasan ini, saya lebih mengenali tentang asal usul masjid ini dan sejarah pembinaannya. Saya juga bersyukur kerana degan izin dan limpahNya, masjid ini Berjaya didirikan dan menjadi lambang keutuhan muslimin di negeri ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada ustaz aziz yang telah membimbing saya dalam usaha menyiapkan tugasan ini.Sekian, Assalammua’laikum.